Tuesday, July 28, 2009

Gubahan Hantaran

Seni gubahan pengantin menjadi minat dan hobi di masa lapang dan minat ini amat berbaloi. Banyak koleksi yang ada di album dan akan di kongsi dalam blog ini. Bagaimana pun terdapat beberapa koleksi yang tersedia di dalam blog ini seperti gubahan coklat ferorer Rochel, gubahan wang kertas (bunga ros), hamper dan lain-lain yang boleh di jadikan contoh.

Pelbagai gubahan dari coklat dan gula-gula ada dalam koleksi, juga lipatan-lipatan kain telekong, sejadah, kain ela, tuala. Lain-lain gubahan seperti sirih junjung lengkap dengan bunga pinang, gambir, kapur dan lain-lain pun ada dalam koleksi.

Semua hasil daripada minat dan suka melihat sesuatu yang cantik. Terdapat juga hasil kerjatangan daripada rumah pengantin yang diambil oleh lensa kamera saya dan juga daripada website.

1 comment:

  1. salam ziela..salam kenal dan salam sayang dari mama ruzi dari singapura....terpegun nenguk kreatif ziela.....nak order jauhhhh....nenguk ejr laaayg termampu:)

    ReplyDelete